Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Kota Bharu: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembinaan projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) yang dimulakan Isnin ini bukan lagi impian kosong masyarakat Kelantan.

Beliau berkata, projek itu yang dimulakan dengan fasa pertama bernilai RM168.5 juta sepanjang tujuh kilometer (KM) juga bukti Kerajaan Persekutuan komited membangunkan infrastruktur semua negeri termasuk yang ditadbir pembangkang.


Apatah lagi katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 20 Januari 2013 pernah menggariskan tujuh janji pembangunan termasuk pembinaan jajaran lebuh raya berkenaan dalam Program Jelajah Janji Ditepati Negeri Kelantan.

“Maka hari ini (semalam) bukti jelas bahawa apa yang disebutkan Perdana Menteri sebelum ini kita laksanakan walaupun ia dibuat secara berperingkat dan kita takkan buat setakat itu saja (fasa pertama) sebaliknya akan sempurnakan sehingga seluruh lebuh raya sejauh 73.5 KM selesai.
“Cuma tempoh untuk disiapkan itu mungkin mengambil masa sedikit, namun kita teruskan kerana tahu projek infrastruktur begini sudah lama diidam-idamkan orang Kelantan.

“Kerajaan Persekutuan mempunyai kapasiti untuk melaksanakannya dengan kedudukan kewangan sedia ada, kita boleh sempurnakan projek ini, kalau tidak pun selesai dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) ini, ia disambung ke RMK seterusnya,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau terdahulu menyempurnakan majlis pecah tanah projek lebuh raya KBKK: Pakej 1B-Pasir Hor ke Kadok, di sini, yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan.
Hadir sama Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Shukry Mohd Salleh.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pihaknya tidak menolak untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam mana-mana projek pembangunan asalkan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan keseluruhannya.

“Malah, saya diberitahu sebahagian fasa pembangunan projek lebuh raya ini juga dilaksanakan kerajaan negeri.

Kita harap ia boleh dilakukan dan terserah kepada kebijaksanaan kerajaan negeri melaksanakannya.
“Namun, bahagian di bawah kerajaan pusat, sudah pun dimulakan dan kita komited menunaikan tanggungjawab ini,” katanya.

Ditanya sama ada lebuh raya tidak bertol itu bersambung dengan projek lebuh raya yang pernah dicadangkan kerajaan negeri, namun masih belum dimulakan, beliau menegaskan tiada perbincangan antara kedua-dua pihak bagi menyatukan laluan terbabit.

**Sumber hmetro online: Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/02

About Khairul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment


Top