Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

PERJUANGAN Kelantan dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2014 ibarat nyawa-nyawa ikan setelah mereka dibelasah 0-4 oleh kelab Vietnam, XM Vissai Ninh Binh pada perlawanan di Stadium Ninh Binh, dua hari lalu.

Namun pengendali The Red Warriors, Steve Darby yang menerima kekalahan besar itu dengan hati terbuka bagaimanapun bersikap realistik ketika ditanya mengenai kemampuannya untuk melangkah ke pusingan kedua.

“Kelantan masih ada peluang untuk ke pusingan seterusnya tetapi keutamaan kami sekarang ialah menentang Angkatan Tentera Malaysia di Kota Bharu, Sabtu ini (malam esok). Sekarang kami terpaksa mengharungi perjalanan pulang hampir 18 jam dan dijangka tiba pada 1.05 pagi Jumaat (seawal pagi hari ini).


“Kami perlu memenangi baki dua perlawanan iaitu menentang Yangon United FC dan South China. Pada masa sama, kami berharap XM Vissai Ninh Binh dapat mengalahkan Yangon United dalam perlawanan terakhir,” katanya kepada Sinar Harian menerusi aplikasi WhatApps, semalam.

Pada perlawanan tersebut, Voinea Petrisor meletakkan XM Vissai Ninh Binh di depan seawal minit ke-11 sebelum tuan rumah mengganas pada babak kedua dengan menambahkan tiga gol lagi gol menerusi Phan Anh Tuan (m-52), Le Van Than (m-77) dan Bryan Kavin Elroy (m-82).

Untuk rekod, sejak menyertai kempen Piala AFC tiga tahun lalu, Kelantan tidak pernah gagal melepasi peringkat kumpulan. Pada musim 2012, Kelantan mara ke suku akhir namun tewas menerusi agregat 2-5 kepada Al-Arbil dari Iraq dan kecundang 0-2 kepada Kitchee FC (Hong Kong) pada pusingan kedua tahun lalu.

Menurut pengendali kelahiran Liverpool, England itu, XM Vissai Ninh Binh yang dibimbing Nguyen Van Sy sememangnya berhak menewaskan Kelantan dengan margin jaringan yang besar pada perlawanan tersebut.

“Mereka merupakan pasukan yang bagus. Itu sahaja yang saya boleh beritahu. Lagipun Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) memberikan masa rehat yang cukup untuk pasukan ini beraksi dalam pertandingan ini,” katanya.

**Sumber: Sinar Harian Online


About Khairul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment


Top