Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran ketujuh tahun ini selepas mengalahkan pemain Indonesia Tommy Sugiarto dalam final Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir 2013 semalam.

Chong Wei hanya mengambil masa 32 minit untuk menjinakkan Tommy dengan keputusan 21-10, 21-12 untuk merangkul gelaran keempat kejohanan penutup tirai musim ini selepas menjuarainya pada 2008, 2009 dan 2010.

Sepanjang tahun ini, Chong Wei selaku pemain nombor satu dunia berjaya mengungguli saingan dalam enam kejohanan iaitu Terbuka Korea, Malaysia, India, Indonesia, Jepun dan Terbuka Hong Kong.


Kemenangan itu sudah pasti meningkatkan semangatnya untuk menghadapi saingan tahun depan termasuk kejohanan utama seperti Piala Thomas di New Delhi, India, Sukan Asia Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel Glasgow, Scotland.

“Saya tahu bahawa saya tidak muda lagi tetapi bagi saya umur hanya angka dan berharap dapat mengekalkan prestasi ini untuk satu atau dua tahun lagi,” katanya.
Atas kemenangan itu, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$40,000 (RM129,352).

Mengenai perlawanan akhir itu, beliau berkata pencabarnya itu mungkin mengalami keletihan selepas melalui pertarungan sengit menentang pemain pilihan kedua, Kenichi Tago dari Jepun pada peringkat separuh akhir kelmarin.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/16

About Khairul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment


Top