Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Isu Wan Zack tak perlu disensasi

“ISU Wan Zack Haikal Wan Nor tidak didaftarkan bersama Kelantan untuk bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) sepatutnya tidak disensasikan."

Itu penjelasan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Azman Ibrahim mengenai isu pemain sayap kebangsaan yang dikatakan masih belum didaftarkan bersama pasukan Kelantan sedangkan jendela pendaftaran kedua pemain tempatan telah dibuka ketika ini.

Azman berkata, bekas pemain kelab divisyen tiga Jepun, Ryukyu FC itu, sudah pun menjadi hak milik mutlak The Red Warriors setelah mengikat kontrak selama tiga tahun, baru-baru ini.

“Sebenarnya tempoh pendaftaran pemain masih panjang dan hanya akan berakhir pada 22 April ini. Soal Wan Zack Haikal tidak didaftarkan bermain dalam Liga-M sepatutnya tidak perlu diperbesarkan.
“Wan Zack Haikal masih tidak boleh bermain akibat kecederaan. Untuk mendaftarkan dia, kita kena gugurkan seorang lagi pemain. Kita masih ada masa, jadi kita tak perlu tergesa-gesa untuk daftarkan pemain berkenaan pada masa sekarang.

Peluang Kelantan nyawa-nyawa ikan

PERJUANGAN Kelantan dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2014 ibarat nyawa-nyawa ikan setelah mereka dibelasah 0-4 oleh kelab Vietnam, XM Vissai Ninh Binh pada perlawanan di Stadium Ninh Binh, dua hari lalu.

Namun pengendali The Red Warriors, Steve Darby yang menerima kekalahan besar itu dengan hati terbuka bagaimanapun bersikap realistik ketika ditanya mengenai kemampuannya untuk melangkah ke pusingan kedua.

“Kelantan masih ada peluang untuk ke pusingan seterusnya tetapi keutamaan kami sekarang ialah menentang Angkatan Tentera Malaysia di Kota Bharu, Sabtu ini (malam esok). Sekarang kami terpaksa mengharungi perjalanan pulang hampir 18 jam dan dijangka tiba pada 1.05 pagi Jumaat (seawal pagi hari ini).

Annuar letak jawatan

SHAH ALAM – Selepas pelbagai kemelut melanda dirinya berhubung jawatan dalam sukan bola sepak, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan perletakkannya jawatannya daripada terus terlibat memimpin sukan yang digemari ramai itu.

Beliau yang dipetik dalam kenyataan media juga mengesahkan akan melepaskan  jawatan Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Menurutnya, keputusan itu dilakukan bagi mengelakkan berlakunya keengganan FAM bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung konflik pelantikannya sebagai anggota Jawatankuasa Pembangunan Program Bolasepak Negara (JKPPBSN).

“Mengambil kira semua perkara di atas dan setelah memikirkan dengan mendalam demi kemajuan bola sepak negara, saya merasakan tidak rela diri saya dijadikan alasan terutamanya oleh FAM untuk tidak berfungsi atau menjalankan tanggunggjawabnya untuk memberikan kerjasama kepada KBS.

“Saya juga tidak rela melihat usaha kerajaan terutama menteri  yang sangat murni dan penting terutama untuk melaksanakan satu ‘blueprint’ yang saya percaya akan merubah ‘DNA’ dan ‘brand’ bola sepak Malaysia terjejas, semata-mata kerana FAM tidak mahu menyertainya,” katanya, hari ini.

Pada bulan lalu, konflik berhubung perlantikan Annuar menganggotai JKPPBSN mendapat kritikan hebat daripada pentadbiran FAM, bagaimanapun Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkeras mempertahankan pelantikan Annuar.

Ini kerana menurut Artikel 22 Kod Disiplin AFC berkaitan individu yang menjalani penggantungan, seseorang itu mungkin akan dilarang daripada terbabit dengan sebarang aktiviti berkaitan bola sepak merangkumi pentadbiran, sukan dan lain-lain.

Dalam pada itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, akan turut menarik diri dalam perlantikannya sebagai JKPPBSN.

“Semoga dengan tindakan saya ini segala kemelut dan kekeruhan yang berlaku antara FAM dan KBS khususnya menteri menjadi jernih, serta semua pihak akan erat berkerjasama demi kemajuan bola sepak negara.

“Bagaimanapun saya akan terus membantu bolasepak negara amnya dan bolasepak Kelantan khususnya atas sifat saya sebagai wakil rakyat dan juga seorang peminat sukan ini,” katanya lagi.




Top